Skip to main content

SAMBAL HITAM

Hai Semua! Admin ada nak tanya ni, pernah tak kalau kita nampak mak – mak kita memasak dekat dapur kita rasa macam tak ada ke benda yang memudahkan dan senang je nak hidang? Kadang tu bukan sebab malas ye tapi lebih kepada kesian dengan mak kita. Kalau yang malas tu kita. hahaha Ha!

Di Teega bukan sahaja kita ada snek untuk makanan sampingan tapi kita ada juga Sambal yang sedia untuk di makan. Nak tahu sambal apa? Sambal HItam la yang dari awal pelancaran lagi sambutan dia sangat WOW! Ikan billis yang lembut dan bahan – bahan tumisan yang berkualiti pasti mak – mak kita approve punya. Cuba 1 dan beritahu kami!

SAMBAL DENDENG

Ada orang suka makan sambal tapi tak suka pedas – pedas, ada yang suka pedas tu kadang nak rasa pedas lagi sambal dia campur bermacam – macam sambal. Di Teega, tak perlu campur – campur sambal. Kita ada 1 sambal yang pedas tapi pedasnya manja – manja juga iaitu Sambal Dendeng Berapi!

Masa pelancaran hampir bergelut dengan team kami nak minta sambal sebab permintaan sangat tinggi tau. Kami semestinya nak yang terbaik untuk ada. Kami paksa team adakan pelbagai jenis sambal hehe. Alhamdulillah dapat memenuhi permintaan Keluarga Teega kami. Daging Sambal Dendeng kita sangat lembut, jangan risau ya, tak ada rasa kenyal ke susah nak gigit ke apa semua. Cara penyediaan pun semudah makan ABC!

SAMBAL BILIS DURIAN

Peminat durian! Anda peminat durian? Mari kumpul sini, admin ada nak kongsi 1 lagi produk durian dari Teega. Baru sahaja di lancarkan tahun 2022, permintaan Sambal Bilis Durian Teega sangat mengangumkan sampai team operation kami minta stop buat marketing sambal. haha tahu pun mereka betapa hebat penangan Sambal dalam Teega ni.

Sambal Bilis Durian kami juga ada rasa pedas, manis, masin semua ada. Dikatakan lengkap la rasa Sambal ni. Peminat ikan bilis dan Tempoyak confirm tak boleh tolak punya. RIsau bau kalau makan di pejabat? Biarkan berbau, nanti mereka mesti nak rasa sikit hehe. Tapi jangan risau, bau durian tidak berbau macam Buah Durian, jadi anda masih boleh menikmati Sambal Bilis Durian di khalayak ramai.

SAMBAL GARING JAWA

Minat sangat dengan tempe, kalau order Nasi Ayam Penyet tu minta tukar tauhu kepada tempe haha. Okay untuk peminat tempe, ini produk terbaik dari Teega untuk anda, Sambal Garing Jawa!. Ramuannya ada tempe, ikan bilis, kentang dan tumisan tumisan lain yang memag ump!

Tengok pada gambar pun dah tahu padat dengan isi sambal ni, macam rupa nasi berlauk pun ada hahaha. Pek mudah, harga berpatutan, cara hidangan juga senang, koyak pek terus makan pun boleh sebab sambal ini sudah di masak cuma kalau nak rasa lagi terangkat, kita microwave seminit. Haaa makan depan TV lagi layan!

SAMBAL BILIS GARING

Ada yang pergi picnic ke tu? ada buat potluck? Ha tak tahu nka bawa apa sebab kita ni bujang, kadang nak masak untuk diri sendiri pun rasa lebih baik beli luar je kan? haha. Ni admin nak suggest Sambal Bilis Garing! Kenapa Sambal Bilis Garing admin? Sebab jarang tau potluck orang bawa Sambal.

Kalau anda bawak sambal confirm ramai bersyukur sebab makan nasi dengan sambal pun macam anugerah tak terhingga juga haha. Jimat ruang je kalau korang bawa sambal ni, pek ni kecil dan tak mudah bocor sebab kita dah seal rapat, ketat, mampat semua la hahaha. Rasa terjamin dan tahan lama dengan packaging yang kecil – kecil cili padi ni.

SAMBAL BILIS CILI IJO

Sambal BIlis Cili Ijo yang baru sahaja di lancarkan semasa Teega Summit 2.0 di SACC Shah Alam! Baru lancar je stok dah susut, tapi kami pun bijak kalini hehe kami order kuantiti banyak terus. Itu pun tahan beberapa hari je dah kena masuk order batch lain.

Terliurnya kalau dapat makan Nasi Putih, Ayam Goreng dengan Sambal Bilis Cili Ijo ni, lagi kalau kita panaskan Sambal fuh! makan tu sambil angguk – angguk kepala hahaha. Stok banyak banyak dekat rumah, nanti kalau tak ada masa nak masak, rasa penat ke dah senang ada sambal ni. Sambal pun tahan sehingga 6 bulan tau!

Rasai Dunia Dengan
Koleksi Sambal GLOBAL Kami

Hubungi Kami sekarang dan penuhi keinginan sambal anda!

Pembeli Sambal Yang
Bergembira