Skip to main content

Snack Attack!

Hi Semua! Anda tahu produk apa yang sangat popular dalam Teega dari tahun 2018? Terjual lebih dari 800 RIBU balang sehingga ke tahu ini 2023. Produk apa lagi kalau bukan Teega Crispy Snack.Haaa anda nampak tak nama crispy tu? Itu bermaksud snek kami mempunyai ciri – ciri kerangupan untuk setiap gigitan. Anda rasa kami tipu? beli dan cuba 1 balang.

Admin yakin gigitan tidak akan berhenti di situ je. Pasti ada gigitan sampai ke-100. Jangan risau dengan bahan – bahan yang kami gunakan, admin jamin tiada bahan pengawet, MSG atau perasa tiruan yang kurang enak. Admin juga seperti anda suka makanan yang viral dan sangat rare ni!

300g

180g

Admin panjang pula pouchnya, susah nak bawa dalam beg untuk travel, macam mana ya? Ish siapa kata kita ada bungkusan panjang sahaja untuk Teega Crispy Snack? Kita dah lama juga sediakan dalam bungkusan kecil yang sangat mudah. Apa maksud mudah admin tu? Mudah dari segi penyimpanan kerana kita ada zip lock yang mana jika anda makan dan snek belum habis, zip je pack kita tu sangat selamat dan melindungi snek anda dari lemau dan yang akan menganggu kualiti rasa snek tersebut serta size kecil sangat muat untuk di masukkan ke ruang yang kecil. Sangat penting! snek kita tiada MSG atau perasa tiruan.

Teega Crispy Machos Cheese kami ni terkenal dengan golongan yang suka dengan kepedasan, tapi kepedasan Teega Machos ni manja manja juga dan sesuai untuk kanak – kanak. Rangup, sedap dan enak makan macam tu saja. Machos kami juga mengunakan premium cheese untuk menjaga kualiti rasa.

Makan Machos sambil tengok Movie memang best, akan terasa vibe seperti dalam wayang. Jimat pun jimat bila kita tonton di rumah dan sambil itu boleh melayani keluaga. Isi banyak boleh di kongsi sehingga 4 orang tau.

280g

100g

Masa belajar atau buat kerja perlukan snek dengan anda? Rasa macam tak lengkap dan tak tenang pula kalau perut lapar masa buat tugasan. Kita seludup Teega Crispy Machos Cheese ni dalam beg study atau beg kerja. Pastikan kawan – kawan tak nampak tau! Nanti dia pula makan lebih dari kita. Pek kecil senang je nak seludup ni, tapi pek kecil bukan sebarang kecil tau. Kecil kecil cili padi! Rasa kekal sama, keranggupan tortila juga masih sama dan yang penting jangan lupa untuk gunakan zip lock kalau nak simpan untuk sambung snacking nanti. Kualiti terjamin, anda berpuas hati.

Asyik – asyik cheese je admin, tak ada lain ke? Sini rapat sikit dekat screen admin nak bisik… Kita baru je lancarkan perisa baru iaitu Teega Crispy Machos Salted Egg! Keranggupan tortilla tak perlu bahas lagi la kan.

Kita bahas rasa Salted Egg dia. Memang ngam ya, rasa masin masin manis tu MARVELOUS! Cuba jilat serbuk dekat jari tu, serbuk sahaja dah sedap ya. Jangan nanti sampai jilat jari kawan sebelah pula. Sebab tu anda perlu beli extra untuk makan sorok – sorok nanti.

100g

Rasai Dunia Dengan
Koleksi Snek GLOBAL Kami

Hubungi Kami sekarang dan penuhi keinginan snek anda!

Pembeli Snek Yang
Bergembira